Thursday 10 July 2014

Makan Cara Sihat Ikut Sunnah Rasulullah (SAW)




Alhamdulilah, kali ni saya nak syer sedikit mengenai makanan sunah dan tatacara pemakanan sihat yang di amalkan oleh rasulullah yang kita sanjungi. Syukur Alhamdulilah, kita dilahirkan dalam islam yang mana Allah telah berikan segala panduan dan arahan untuk kita sebagai hambanya meniti kehidupan yang sempurna. Besyukur juga kerana di dalam Islam, Allah telah memilih Rasulullah SAW untuk menjadi model peranan kepada seluruh alam sejagat. Baginda juga turut membawa perkara yang boleh disifatkan sebagai penyempurna akhlak manusia. Di antara perbuatan yang perlu diikuti dan hayati bersama adalah dari aspek etika Rasulullah ataupun tatacara pemakanan sihat Rasulullah SAW.

sebelum kita kita ceritakan lebih jauh jom kita fahami dalil yang Rasulullah SAW pegang.




Seperti yang kita biasa ketahui dan kita ingin amalkan ialah makanan sunnah yang penuh dengan khasiat dan kebaikan. tetapi sedarkah kita sekiranya tatacara atau etika pemakanan yang diajari oleh Rasulullah kita ringan-ringankan. Contohnya sekarang ini popular dengan makanan kesihatan yang kaya dengan makanan Rasulullah SAW seperti buah kurma, barli, madu dan sebagainya. Sekiranya kita makan tanpa adap atau tatacara yang diajar oleh Rasulullah maka apakah ertinya makanan itu masuk kedalam perut kita walupun ianya berkhasiat. Makan tanpa membaca doa, makan sambil berdiri, makan sambil bersembang dan mengumpat, makan dengan niat yang tidak baik, itu semua perbuatan negetif yang perlu kita elakkan ketika makan. Ingin tahu lebih lagi info mengenai amalan pemakanan Rasulullah SAW KLIK DISINI.
 
 
Rasulullah adalah contoh dan tauladan yang terbaik untuk umatnya. Bahkan dari segi pemakanan dan kesihatan juga baginda telah mengajar umat-umatnya. Tidak perlu tengok jauh, hanya contohi cara pemakanan Rasulullah sahaja kita dapat menjauhi pelbagai penyakit zaman sekarang ini. InsyaALLAH.
 
Seperti yang kita tahu punca utama penyakit zaman sekarang adalah PEMAKANAN. Tabiat dan cara pemakanan kita punca kita mendapat penyakit kerana pengambilan gula, lemak daging yang berlebihan. Diet yang tidak seimbang juga salah satu dari faktornya. Kurang bersenam juga menjadi faktor utama banyak orang muda sekarang mendapat penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi. cuba lihat pyramid pemakanan dibawah ini...
 
 
 
ILMU NUTRISI DIAMBIL DARI AL-QURAN BUKAN SUSUNAN PARA SAINTIS DAN MANUSIA
 
 
 

Berdasarkan surah diatas jelas menunjukkan makanan yang tidak pernah dimakan oleh Rasulullah tidaklah menunjukkan ia bukan pemakanan sunnah ataupun sekiranya kita makan kita tidak mendapat apa-apa kebaikan. Pandangan itu sangat lah bertentangan. Melainkan makanan itu datang dari hasil yang tidak halal dan boleh memudaratkan tubuh badan kita.

 
Kita lihat kepada kesimpulan yang disebut Dr Zaharuddiin iaitu

“Makanan Sunnah  ialah apa-apa makanan yang memberikan kesihatan dan kecergasan walau tidak wujud di zaman Nabi. Jenama  Makanan Sunnah  jangan hanya disempitkan kepada apa yang ada di zaman Nabi.”
 
 
Apa yang saya nak jelaskan pada kali ini ialah kita jangan la terlalu sempitkan pemikiran kita bahawa hanya makanan sunnah sahaja terbaik untuk kesihatan. Sedangkan Rasulullah SAW telah berpesan kepada kita supaya makanlah makanan apa sahaja yang tidak memudaratkan dan memberi kebaikan kepada tubuh badan kita dengan cara atau etika pemakanan yang sihat. Serta hormati la semua makanan yang diberikan kerana itu adalah REZEKI dariNYA. Allahualam...

Terima kasih kerana sudia meluangkan masa membaca perkongsian ini. Jika ada tersalah di dalam fakta dan penyampaian, harap dapat diperbetulkan segera kerana memperbetulkan kesilapan juga adalah sunnah.
WASALAM...


UNTUK MAKLUMAT LANJUT TENTANG MAKANAN KESIHATAN SHAKLEE:

 
CALL/ SMS/ WHATAPPS : 012-3527806 (YANA)

 
 
 
 
 
 
 

3 comments:

  1. hebat.....
    http://metrobestmom.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Terbaik...

    www.mamalifna.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Info yg hebat dn mantap!

    www.ummiwithfamili.blogspot.com

    ReplyDelete